Saturday, June 2, 2012

Aku sedih dan gembira.

Sedihnya aku kerana terlepas subuh berjemaah bersama ikhwah tarbiah.
Gembira kerana exam peads x dimarah2.

Gembiranya aku kerana lunch bersama teman lama,
Sedih kerana ada yg sudah tidak bersama.

Sedihnya aku kerana masa tidak mengizinkan untuk menghabiskan 'routine' triceps,
Gembira aku kerana dapat Jemaah Maghrib di surau.

Gembiranya aku kerana ramai para ikhwah yg turut serta solat berjemaah,
Sedihnya aku kerana masih ada yg belum sampai tarbiahnya meskipun telah aku bawa bersama.

Oleh itu untuk engkau dah aku,
Aku rangkapkan satu sajak,
Walau tidak puitis bak kata2 ahli sastera,
Hanya berharap dapat meniup jiwa2 yg disentuh tarbiah.



" Bila datang seruan Ilahi,
Sanggupkah kita pergi berbicara denganNya,
Atau masih leka dengan dunia.

Mampukah dunia memasukkan kita kedalam Syurga?
Mampukah dunia mengeluarkan kita dari Neraka?

Dunia penuh dengan teman ketawa,
Dunia penuh dengan gelora hawa,
Dunia penuh dengan liku dosa.

Dimana tarbiah kita?

Mungkin aku juga seorang pendosa,
Mungkin aku juga pernah menjadi mereka,
Tapi jangan lupa Tuhan itu Maha Pemurah,
Selagi mana adanya masa,
Selagi mana adanya upaya,
Aku tahu aku masih ada Dia,
Menerima taubatku, ibadahku, pengorbananku.

Tarbiah kita ini,
Jangan sampai tinggal bicara,
Kita zahirkan,
Kita nyatakan,
Biar mereka diluar sana,
Menjadi saksi,
Yang kita sedang berusaha,
Kepada dia Yang Maha Kuasa. "

5 comments:

Anonymous said...

good piece...mabruk

Fatiha Fa said...

nice 1 rashid.. mohon share :)

Wan Mohd Rashid said...

Sila2 :D

Irfa1810 said...

Tersentuh pla aku.. pada masa yg sama ada suka dan ada duka.. ikut pemikiran kita bagaimana cara utk menerima segalanya~ pastinya semua ada hikmah~ insyaAllah... ^_^

Puteri Purnama said...

Alhamdulillah. Dah dewasa dia