Sunday, June 5, 2011

Takbur

Mudah2an hilang sifat ni dari diri aku.

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkn kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupn kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.


1 comment:

Syazlin Sazali said...

This is nice. My father said the same nasihat to me. Be kind, do the right thing :)