Okay, flight hari nie (6hb) kena cancel and terpaksa mintak dia tlg tukar pegi esok hari ( 7hb), so aku akan bertolak ke bangalore pada hari Rabu, and start ke kolej hari Khamis = miss 3 Kelas already...
Takpe la yg penting flight aku ke bangalore ada and leh tukar tanpa bayar apa2, Thanks Kakak MAS ^_^
Then, tym balik tu, kami singah kat Shell utk isi minyak and Shell tu tgh kehabisan minyak, so hanya beberapa kaunter jer yg berfungsi means ramai sangat org beratur tgu giliran... Dgn sabarnya kami pun menungu...
Tym menunggu tu, ada gak ar motor2 yg potong barisan nie and satu motor nie ditakdirkan memotong barisan kami... Then my father suruh aku tgu kat kaunter dlm kedai tu utk membayar sebaik sahaja giliran kami sampai...
Sewaktu dlm Kedai tu, aku nampak la org yg memotong kami tu and tym tu pun dia tgh baris kat kaunter nak bayar... Tp kaunter tu stuck coz giliran org yg nak membayar tu terpaksa tgu org lain dari kaunter lain siap mengisi minyak mereka, so aku ckp la
"Bang, kaunter no.9 bang?"
Cashier tu kata la " eh, abang dpn nie yg kat kaunter no.9"
So aku kata kat abang tu " Eh, abang nie tak baris kan? Mmg tak pandai baris ek?"~ Tym tu dpn ramai gak org, so abang tu tunduk jer...
Then sampai kat kete, aku citer kat mak aku...
Mak aku terus mengucap panjang and nasihat aku bahawa aku telah melakukan satu perkara yg salah... Benar... Tanpa aku sedari, rupanya perbuatanku itu telah memalukan org tersebut dan apa yg parahnya... di kahlayak ramai...
Astaghfirullah... Aku tak sedar... Perbuatanku itu salah... Mengapalah aku tidak sedikitpun mengunakan kewarasan akalku untuk even bersabar sedikit pun... Mana tau lelaki itu sdg ditimpa masalah dan ingin cepat? Bukannya lamapun untuk mengisi minyak tu, kenapalah aku tak tgu dan diam jer...
Mungkin inilah yg emakku ckp bahawa aku telah berubah dari segala sudut... Percakapanku, pnampilanku, Pemikiranku, dan sebagainya...
Kalau berubah ke arah kebaikkan tidak mengapa, tapi ini kearah keburukan.. Mulutku semakin apa yg kami pangil 'lahar'... Astaghfirullah...
Berfikir kembali perkara ini membuatku rasa sedih betapa aku ini cepat lupa akan ajaranNya... Sudahpun dia memberikan aku khabar gembira dgn mempermudahkan urusan tiket penerbangaknku... dan aku pula membalas kepada insan lain dengan memberikan kesedihan dan kebencian kepada mereka... Apa yg sedang aku lakukan ini...
Mungkin inilah hikmahnya aku tak fly hari ini untuk membuatku sedar betapa aku telah jauh tergelincir... Aku hanya dapat berdoa agar Org yg telah kuperlakukan sedemikian memaafkan aku... Aku menyesal akan perbuatanku dan dalam masa yg sama aku takut aku mengulanginya lagi di India nanti...
Berbicara tentang hal ini membuatku teringat balik kisah seorang pengemis kat India yg memintaku sedekah sambil memegang seluarku dan aku tidak memberinya, lalu dia memintak jikalau aku ada makanan lalu aku tidak memberinya juga... Selepas itu, aku terfikir, duit berpuluh2 ribu dlm bank, sepuluh rupee pun tak larat nak bagi... MasyaAllah...
Ini membuatkan aku teringat terjemahan ayat Al=Quran yg emakku selalu pasang somewhat berbunyi "Dan janganlah kamu merasa menjadi miskin dengan memberi sedekah ( something like this kot, aku pun tak berapa ingat)" and ada lagi "dalam harta kamu itu terdapat hak org lain ( something like this gak)".... Teringat ayat2 sebegini membuat aku mengeluh panjang... What's into me? Why I become like this? And all this question, the answer is certainly me... Because I'm the one that forgot about how harsh life can be but still blurred by 'kesenangan yg sementara', Astaghfirullah...
I just Hope I can change myself, if not entirely but slowly to become a batter person and contribute much to my family, community, counry and my religion once I finish my study not only as a Doctor, but as a Muslim, Amin...
Tuesday, October 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam.
amin.....
menusuk...
'.'
Post a Comment