You may heard what I've done but you will never know what I've been through...
Music Of Life
History in every second
Ingatlah...
Hidup ini adalah untuk bersyukur, Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti, Kerana dialah yang menabahkan hatimu,
Bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan mu, Kerana dailah yang memupukmu untuk berdikari,
Bersyukurlah kepada yang menjatuhkanmu, Kerana dialah yang memperhebatkanmu,
Bersyukurlah kepada yang menyeksamu, Kerana dialah yang menguji kesabaranmu, Dan semuanya adalah ketentuan Yang Maha Pencipta...
A Word To Remember...
Apabila engkau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.
Andai kau ingin sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang sahabat, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana seorang sahabat, Hanyalah manusia biasa, Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Dan tiada siapa yang sempurna, Melainkan Allah Yang Satu, Oleh it bersahabatlah hanya kerana Allah.
Fragement of Wisdom
They thought when they give water, they will get flower. But the season already over, and may last forever.
No comments:
Post a Comment